PENGERTIAN WAKAF

Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT.

WAKAF AL-QURAN MELALUI WAKAF TUNAI

Wakaf Al-Quran yang dilaksanakan menggunakan Skim Wakaf Tunai dan Dana wakaf yang dikumpul kemudiannya ditukar kepada penerbitan   Al-Quran yang akan dimanfaatkan untuk kebajikan dan kepentingan masyarakat.

PERANAN WAKAF TUNAI DALAM KOMUNITI ISLAM

Dr. Murat Cizakca, seorang cendekiawan Islam moden yang terkenal, di dalam bukunya yang bertajuk “A History of Philantrophic Foundations: the Islamic World From The Seventh Century to the Present”,menyatakan bahawa wakaf tunai telah dipraktikkan sejak awal abad kedua Hijriyah di mana Imam az-Zuhri (wafat 124H), iaitu salah seorang ulama terkemuka dan peletak dasar tadwin al-hadith, memfatwakan bahawa wakaf dinar dan dirham dibolehkan untuk pembangunan prasarana dakwah, sosial dan pendidikan umat Islam.

Mulai penghujung abad ke-15 hingga abad ke-18, wakaf tunai berkembang dengan pesat di Turki semasa zaman pemerintahan Uthmaniyyah di mana amalan wakaf tunai telah berjaya meringankan perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan pendidikan, kesihatan, perbandaran dan sebagainya kepada masyarakat. Penerimaan dan penglibatan masyarakat di dalam wakaf tunai membantu empayar Uthmaniyyah berkembang kerana dana wakaf tunai telah digunakan sebagai pelengkap (complimentary) kepada usaha-usaha pembangunan oleh kerajaan.

PERANAN YAYASAN RESTU

Yayasan Restu sebuah NGO yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam usaha  penyalinan dan penerbitan Al-Quran Mushaf Malaysia. Usaha ini mengembleng kepakaran tempatan dalam bidang al-Quran, bahasa Arab, seni khat, seni visual, kejuruteraan dan teknologi percetakan yang dipecahkan kepada sembilan bahagian dan dinamakan MANHAJ AL-QURAN. Usaha yang dibangunkan memberi satu identiti khas bersifat nasional dan sejagat  kepada penerbitan mushaf.

Selain penerbitan Al-Quran di Malaysia, Yayasan Restu telah diamanahkan untuk menerbitkan Al-Quran & Terjemahan Hausa,  Al-Quran & Terjemahan  English-Kazak,  Al-Quran & Terjemahan Bahasa Khmer, Al-Quran Mushaf Palestin,  Al-Quran Mushaf Tarim, Al-Quran Dan Terjemahan Bahasa Cina.

Keperluan  Mushaf Al-Quran Dalam Luar Negara:-

Banyak pihak memerlukan Al-Quran terutama dalam terjemahan pelbagai bahasa.  Jumlah populasi penduduk Islam berjumlah lebih 1.5 billion penduduk dunia.  Program Amal Wakaf Al-Quran bertujuan mengumpulkan  dana  seterusnya menerbitkan  Al-Quran untuk disumbangkan kepada umat Islam minoriti dihimpit kemiskinan terutamanya di Kampuchea dan negara-negara lain seperti Myanmar, Sri Lanka, Vietnam, Laos, Kazakhstan, Wilayah Tengah China dan Kepulauan Mindanao Filipina. Ia turut untuk membantu umat Islam di Palestin, Yaman dan lain-lain.

Selain itu, dana dikumpul untuk menerbitkan  Al-Quran Dan Terjemahan Bahasa Malaysia turut diperlukan untuk pembangunan modal insan di penjara, hospital dan berbagai institusi dalam negara.

PELAKSANAAN KUTIPAN DANA  & MODUL

Bagi memberi dedahan dan makluman menyeluruh kepada masyarakat, Jawatankuasa yang ditubuhkan akan mengelola berbagai program termasuk pameran yang melibatkan Persembahan Seni Islam, Pameran dan Klinik Al-Quran, keusahawanan serta pendidikan  akan dibuat secara jelajah bersiri ke semua negeri di Malaysia, Singapura, Jakarta dan Brunei.  Yayasan Restu akan membawa bersama bahan yang melibatkan usaha murni penyalinan Al-Quran serta Koleksi Pameran Pedang Rasulullah SAW dan Sahabat R.A untuk diketengahkan kepada masyarakat umum. Program di peringkat antarabangsa akan dilaksanakan dengan kerjasama NGO yang mempunyai rangkaian di peringkat antarabangsa.

Pelaksanaan Program boleh dibuat mengikut modul yang terbahagi kepada Modul 1, Modul 2, Modul 3.

MEKANISMA WAKAF 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                                                                                                     

 

 

 

 

 

 

 

 

PEMBINAAN MASJID DAN SENI HIASAN DALAMAN

YAYASAN RESTU turut memperkenalkan konsep masjid berteraskan budaya Melayu-Islam di Malaysia. Pembangunan dan kajian terhadap keindahan seni visual negara serta kaligrafi telah berjaya mengumpulkan lebih 5000 motif seni tampak Malaysia berteraskan syariat Islam.  Masjid dan bangunan turut dihiasi dengan lembaran-lembaran seni hasil sentuhan tangan anak muda  tempatan.

KLINIK AL-QURAN

Yayasan Restu turut mengembangkan budaya pembelajaran Al-Quran secara Talaqqi Musyafahah bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka di mana murid menerima pengajaran dengan melihat pergerakan  bibir guru dan mengikut bacaan guru.

Kaedah ini merupakan kaedahmempelajari bacaan Al Quran yang tertua. Ia dipraktik oleh Malaikat Jibrail a.skepada Nabi Muhammad s.a.w sewaktu penurunan wahyu yang pertama. Malaikat Jibrail a.s membacakan ayat ayat Al Quran kepada Rasulullah s.a.w dan baginda mengikut bacaan tersebut, lalu terus menghafaznya. Kemudian,Rasulullah s.a.w membacakan pula ayat ayat tersebut kepada para sahabatbaginda. Para sahabat menulis lalu menghafaznya.

Pengajian dipimpin oleh guru-guru yang arif dan mendapat pendidikan daripada Darul Mustafa, Tarim, Yeman.